Mengenali Reverse Polarity Diod Proton Saga Cara Koman


Bateri kereta mempunyai dua kutub iaitu kutub positif dan kutub negatif. Sambungan wayar kepada bateri perlu disambung mengikut kutub yang betul supaya sistem elektrik dan elektronik di dalam kereta dapat beroperasi dengan baik. Perkara buruk boleh berlaku apabila pemasangan wayar pada bateri disambungkan secara songsang iaitu wayar positif dipasang kepada terminal negatif bateri atau  sebaliknya.

Pemasangan  wayar kepada kutub bateri secara songsang boleh berlaku jika pemasangan tidak dilakukan dengan teliti. Kesilapan tersebut mudah berlaku walaupun kerja-kerja penggantian bateri  dikendalikan oleh mekanik  yang mahir. Pengeluar kereta telah mereka bentuk peralatan khusus untuk mengelakkan pemasangan wayar kepada bateri secara salah.

Sebagai contoh, kereta Proton Saga dilengkapkan dengan sistem perlindungan dari berlaku reverse polarity dengan  pemasangan satu unit diod pada wayar bekalan kuasa Engine Control Unit . 

posisi reverse polarity diod
Sistem ini dapat memberi perlindungan kepada  Engine Control Unit walaupun hanya dipasang dengan satu unit diod. Namun begitu sudah tentu terdapat penyelesaian yang lebih canggih dan boleh memberikan perlindungan yang lebih baik kepada Engine Control Unit.

simbol diod
Penggunaan diod sememangnya tidak boleh mengelakkan terjadi reverse polarity tetapi sistem perlindungan yang digunakan  boleh mengasingkan seluruh litar Engine Control Unit dari berlaku kerosakan.

pin diod

Dalam keadaan biasa, arus akan mengalir dari  kutub positif  (anod) kepada kutub negative (katod) secara satu hala. Penggunaan sistem ini dapat menghalang  pengaliran arus apabila voltan katod lebih tinggi dari voltan anod . Arus songsang yang merosakkan tidak boleh mengalir semasa berlaku keadaan reverse polarity. Dalam keadaan ini, voltan merentasi beban tidak sama dengan voltan bekalan kuasa songsang  kerana diod berfungsi seperti litar terbuka.

sumber voltan

Voltan bekalan kuasa dari bateri kereta Proton Saga kepada Engine Control Unit akan terputus  jika berlaku kerosakan kepada diod. Ketiadaan voltan bekalan kuasa menyebabkan keseluruhan sistem elektronik Proton Saga yang dikawal oleh Engine Control Unit tidak dapat berfungsi. Di antara tanda-tanda kerosakan diod adalah seperti berikut :

i. Check Engine Light tidak menyala. 

ii. Enjin tidak dapat dihidupkan.

Berbagai kaedah pengujian boleh  digunakan  untuk memastikan diod berada dalam keadaan baik. Diod boleh diuji secara in-situ dengan menggunakan test light seperti berikut :

1.    Sambungkan klip buaya test light pada ground.

2.    Sentuh hujung test light pada pin anod dan pin katod diod.

3.   Test light akan menyala pada kedua-dua pin tersebut dan menunjukkan diod            dalam keadaan  baik.

Pengujian diod juga boleh dilakukan dengan menggunakan alat penguji seperti multimeter analog ataupun digital. Cara yang akan ditunjukkan adalah cara menguji diod dengan menggunakan multimeter digital. Langkah-langkah pengujian diod yang telah dikeluarkan  dari litar adalah seperti berikut:

1.    Pusing selektor multimeter digital kepada posisi diod.

2.   Seterusnya sambungkan probe hitam multimeter pada pin katod diod dan              probe merah multimeter pada pin anod diod.

3.   Setelah kedua probe multieter disambungkan dengan pin diod, layar display            multimeter digital akan menunjukan nilai tertentu sesuai dengan susutan voltan      pada diod tersebut. Susutan voltan pada diod ini adalah 611 volt dan dianggap         dalam keadaan baik.

pengujian diod

4.  Seterusnya terbalikan kedua probe multimeter yang disambungkan pada diod.   Probe hitam multimeter pada pin anod dan probe merah multimeter pada pin         katod.

5.  Diod dianggap dalam keadaan baik dan boleh digunakan jika layar display             multimeter tidak menunjukan nilai tertentu. Sebaliknya diod tersebut dianggap        sudah bocor ataupun rosak jika layar display multimeter menunjukkan nilai             tertentu.

No comments:

Post a Comment

Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...