Ganti Air Cleaner Element Cara Koman

Air cleaner element merupakan salah komponen kereta yang mudah diselenggara. Masaalah yang timbul adalah menentukan bilakah masa air cleaner element  tersebut perlu diganti. Kadangkala semasa air cleaner element tersebut diganti semasa penyenggaraan rutin, ianya kelihatan masih elok lagi.Terdapat cara mudah untuk menentukan samaada air cleaner element tersebut masih dalam keadaan baik berdasarkan tatacara berikut :

1. Keluarkan air cleaner element dari air intake housing.
air cleaner element
2.Pegang air cleaner element tersebut mengadap cahaya matahari ataupun cahaya lampu.

3.Sekiranya cahaya  kelihatan menembusi air cleaner element tersebut, ianya dianggap masih dalam keadaan baik.

4.Kalau tiada cahaya mampu menembusi air cleaner element tersebut, maka perlulah diganti baru.

Proton Waja Flash Codes Cara Koman

          Bagi kereta yang menggunakan electronic fuel injection system, masaalah yang berlaku pada engine electronic  control system ataupun gearbox electronic  control system lebih mudah diselesaikan sekiranya memiliki scantool. Walaubagaimanapun, terdapat lagi satu kaedah yang dinamakan flash code yang boleh digunapakai untuk menyelesaikan masaalah yang berlaku sekiranya tiada scantool. 
Dengan melakukan tatacara tertentu, ECU boleh memancarkan kod-kod  dalam bentuk nombor seperti Morse Code.  Kod tersebut kemudiannya dirujuk kepada workshop manual kereta berkenaan untuk ditafsirkan.  Sebagai contoh, tatacara untuk Proton Waja adalah seperti berikut :

 
1.Letakkan gear lever pada "P".  Sambungkan pin # 1 pada DLC kepada ground (rail  kerusi pemandu) dengan menggunakan seutas wayar. 
cara sambungan
2.Switch on ignition key. Jangan hidupkan enjin.

3.Perhatikan lampu "N"  dan Check Engine Light pada combination meter.

4,Sekiranya menggunakan gearbox automatic, lampu "N" akan berkelip dengan sekata dan ini menunjukkan tiada masaalah pada gearbox electronic control system. 

5.Pada masa yang sama, Check Engine Light juga akan berkelip dengan sekata dan ini menunjukkan tiada masaalah pada engine electronic control system.

normal
6.Sekiranya kerlipan lampu pada "N" atau Check Engine  Light tidak sekata,  menunjukkan ada masaalah yang sedang berlaku. Kerlipan yang tidak sekata itu adalah kod yang dikeluarkan oleh ECU. Terdapat 2 set code yang perlu diketahui untuk mengenalpasti kerosakan yang berlaku pada electronic control system.

flash code mode
6.Sekiranya terdapat kod yang dikeluarkan perlu dirujuk pada workshop manual kereta berkenaan untuk ditafsirkan. 

                                     kerlipan code "N" dan CEL dalam keadaan normal

7.Setelah masaalah yang berlaku dikenalpasti dan  dibaiki, kod tersebut boleh dipadam dengan cara mengeluarkan fius EFI ataupun mencabut terminal negative battery kereta selama 30 saat.

8.Proses di atas adalah untuk  menentukan samaada engine dan gearbox electronic control system bermasaalah atau tidak. 

9. Berikut adalah contoh code untuk enjin  yang merujuk kepada kerlipan CEL.. 


Code No.
Diagnosis Item
11
Oxygen Sensor System (FRONT)
13
Intake Air Temperature System
14
Throttle position Sensor System
21
Engine Coolant Temperature System
22
Crank Angle Sensor System (CKP)
23
Camshaft Position Sensor System
24
Vehicle Speed Sensor
25
Barometric Pressure Sensor System
31
Detonation Sensor System
32
Vacuum Sensor System (MAP)
41
Injector System
44
Ignition Coil & Power Transistor Unit
59
Oxygen Sensor System (REAR)
61
Communication Wire With A/T ECU System
64
Alternator RF Terminal System
code engine Lancer CE yang hampir sama dengan Waja

10.Untuk gearbox, code yang berbeza digunakan dan dirujuk kepada kerlipan lampu "N"


Diagnosis  Code
Diagnosis Item
11
Throttle Position  Sensor
Short Circuit
12
Open  Circuit
14
Incorrect Sensor Adjustment
15
A/T fluid Temperature Sensor System
Open  Circuit
21
Crank Angle Sensor System
Open  Circuit
22
Input Shaft Speed Sensor System
Short Circuit/ Open  Circuit
23
Output Shaft Speed Sensor System
Short Circuit/ Open  Circuit
26
Stop Lamp  Speed Switch System
Short Circuit
31
LR Solenoid Valve System
Short Circuit/ Open  Circuit
32
UD Solenoid Valve System
Short Circuit/ Open  Circuit
33
2nd Solenoid Valve System
Short Circuit/ Open  Circuit
34
OD Solenoid Valve System
Short Circuit/ Open  Circuit
36
DCC  Solenoid Valve System
Short Circuit/ Open  Circuit
41
1st Gear Ratio does not meet the specification
42
2nd Gear Ratio does not meet the specification
43
3rd Gear Ratio does not meet the specification
44
4th  Gear Ratio does not meet the specification
46
Reverse Gear Ratio does not meet the specification
52
DCC  Solenoid Valve System
Defective System
54
A/T Control Relay  System
Short Circuit To Earth/ Open  Circuit
56
N Range lamp System
Short Circuit To Earth
                                code gearbox automatic Lancer CE yang hampir sama dengan Waja

Kaedah ini hanya digunakan untuk kereta Proton Waja sahaja.

Maker : Proton

Model : Proton Waja

Engine : Mitsubishi 4G18P


Memahami Proton Waja Idle Speed Cara Koman


Pada enjin kereta keluaran Mitsubishi biasanya terdapat dua jenis idling speed yang perlu difahami  iaitu curb idle speed dan basic idle speed. Sebenarnya idle speed tidak perlu dibuat pelarasan. Ini adalah kerana pelarasan idle speed telah dibuat oleh pengeluar semasa dikilang pada ketika  enjin masih baru, spark plug baru, compression  pressure masih baik dan semuanya masih baru.  Sekiranya  pelarasan telah dibuat secara tidak sengaja, tatacara yang betul perlu diikuti untuk memperbetulkannya semula.

Throttle body Proton Waja
Curb Idle  Speed
Semasa enjin kereta Proton Waja dihidupkan, idle speed yang dilihat pada tachometer adalah curb idle speed. Ianya ditentukan oleh ECU yang mengawal pergerakan Idle Speed Control (ISC)  motor. Pelarasan idle speed semasa dalam keadaan curb idle speed hendaklah dielakkan.Pada ketika ini, idle speed hanya boleh dilihat samaada berada dalam julat yang ditetapkan.

Basic Idle Speed
Jika hendak dibuat  penyelarasan idle speed, enjin perlu berada dalam keadaan  suhu operasi normal  dengan semua lampu, pendingin udara dan peralatan tambahan ditutup Gear dalam keadaan Neutral atau Park. Proses ini memerlukan scantool MUT- II untuk memudahkan kerja-kerja penyenggaraan.

Perkara yang penting diketahui adalah, ISC motor perlu dikunci supaya tidak bergerak. Dengan menggunakan scantool, ISC motor boleh dikunci dan setelah itu barulah  enjin berada dalam keadaan basic idle speed. Pergerakan ISC motor yang terkunci boleh dilihat melalui scantool. Pada ketika inilah pelarasan idle screw yang berada di throttle body boleh dibuat. supaya   idle speed berada dalam julat yang disyorkan pengeluar. Selepas siap pelarasan basic idle speed, ISC motor perlu dilepaskan semula supaya ia berfungsi dalam keadaan curb idling speed.

 
Peraturan paling mudah sekali adalah jangan benarkan sesiapapun membuat pelarasan idle speed jika diketahui pelarasan masih dalam keadaan seperti asal. Periksalah bahagian lain seperti fuel system, ignition system ataupun compression pressure untuk mengatasi masaalah yang berlaku.

Idle speed Proton Waja 700 rpm

* Nota : Bagi kereta yang menggunakan electronic throttle control system,  pelarasan idle speed tidak boleh dibuat kerana idle screw tidak wujud lagi. Semuanya dikawal oleh ECU.


Proton Waja Vacuum Diagnosis Cara Koman

Cara mudah untuk mengenalpasti keadaan enjin  kereta adalah dengan menggunakan ujian bacaan vacuum yang dihasilkan. Peralatan yang perlu ada hanyalah vacuum gauge dan beberapa fitting yang bersesuaian. Cara yang digunakan untuk memeriksa vacuum kereta Proton Waja adalah seperti berikut :

1.Pasangkan 'brass T joint" di antara hose vacuum fuel pressure regulator dan intake manifold. Pasangkan vacuum gauge kepada hose vacuum tersebut.

sambungan " T joint" pada hose fuel pressure regulator
2.Hidupkan enjin kereta Proton Waja pada kelajuan idle.Pendingin udara dan lain-lain peralatan hendaklah tidak dioperasikan. Perhatikan bacaan pada vacuum gauge.

bacaan normal
3.Bagi enjin yang berada dalam keadaan baik,  bacaan vacuum gauge berada dalam lingkungan 17 hingga 22 inHg dan jarum penunjuk vacuum gauge akan berada dalam keadaan tetap. Berdasarkan ujian tersebut, compression pressure boleh dibuat kesimpulan berada dalam keadaan baik. 

Maker :Proton
Model : Proton Waja
Enjin  : Mitsubishi 4G18P

Proton Waja Fuel Pressure Testing Cara Koman

Salah satu peralatan yang wajib ada semasa mengenalpasti masaalah pada kereta Proton Waja yang menggunakan sistem EFI adalah fuel pressure tester.Tujuan fuel pressure tester digunakan adalah untuk menguji tekanan sistem bekalan minyak petrol dari tangki minyak ke fuel injector
fuel pressure tester
Dengan menggunakan fuel pressure tester, masaalah pada sistem bekalan minyak petrol  lebih mudah dikenalpasti.Langkah-langkah berikut adalah tatacara untuk mengukur tekanan minyak petrol  pada enjin kereta Proton Waja.

1.Tanggalkan socket wayar pada fuel pump dan hidupkan enjin sehingga enjin mati dengan sendiri. Sambung kembali socket  wayar fuel pump. Pada ketika ini, tekanan minyak didalam fuel hose telah berkurangan. Tanggalkan fuel hose dari fuel rail dan pasangkan fuel pressure tester pada  fuel rail.

pemasangan tester
2.Fuel pressure tester perlu dipasang bersama dengan adapter.(special service tool)

pemasangan adapter
3.Hidupkan enjin pada tahap idle speed dan bandingkan fuel pressure yang kelihatan dengan sfesifikasi di dalam workshop manual.Tekanan minyak petrol kereta proton Waja adalah sebanyak 40 psi. Jika tekanan minyak petrol berada di bawah 40 psi, bermakna fuel filter telah tersumbat dan perlu diganti.

4.Tinggikan pusingan enjin secara mengejut  beberapa kali dan perhatikan tekanan minyak petrol tidak menurun dibawah 40 psi. Jika tekanan minyak petrol menurun bermakna fuel pressure regulator telah rosak.Pada masa yang sama, pegang fuel return  hose dari fuel pressure regulator ke tangki minyak dan pastikan ada minyak petrol mengalir ke tangki.

normal pressure
5.Tanggalkan hose vacum ke fuel pressure regulator. Pada ketika ini vacum di dalam intake manifold tidak mengawal fuel pressure regulator lagi.

hose vacuum fuel pressure regulator ditanggal
5.Setelah hose vacum ditanggalkan, fuel pressure akan meningkat  naik kepada 49 psi. Ini bermakna fuel pressure regulator berfungsi dengan baik semasa enjin hidup.

pressure minyak petrolmeningkat naik
6.Matikan enjin kereta dan perhatikan tekanan minyak petrol tidak menurun secara mendadak hingga 0 psi. Jika tekanan minyak petrol menurun secara mendadak, terdapat 3 kemungkinan yang berlaku iaitu :

i.Fuel pump check valve telah bocor 

Pemeriksaan dilakukan dengan fuel pressure tester masih terpasang dan enjin dihidupkan. Gunakan long nose playar yang hujungnya disarungkan hose plastic (untuk mengelakkan hose petrol rosak) dan kepit hose petrol sebelum fuel adaptor sebaik sahaja enjin dimatikan. Proses ini memerlukan seorang pembantu untuk mematikan enjin. Jika tekanan petrol masih lagi menurun secara mendadak bermakna bukan fuel pump yang rosak. Jika tekanan  petrol tidak menurun bermakna fuel pump check valve yang rosak.

ii.Fuel injector bocor

Untuk memeriksa, keluarkan semua injector dari cylinder head.Dengan injector masih terpasang pada fuel rail dan semua wayar injector disambungkan, switch on igniton key.Perhatikan pada injector nozzle  jika terdapat minyak yang keluar.Proses ini perlu dilakukan dengan sangat berhati-hati kerana pancitan dari injector jika terkena tangan atau jari boleh menyebabkan anggota berkenaan perlu dipotong.

iii.Fuel pressure regulator rosak  

Jika fuel pressure regulator rosak minyak petrol di dalam fuel rail mengalir kembali ke tangki melalui fuel return hose semasa enjin dimatikan. Masaalah yang berlaku boleh menyebabkan enjin sukar dihidupkan terutama di waktu pagi apabila tekanan minyak petrol di dalam fuel rail rendah .Pemeriksaan dilakukan dengan fuel pressure tester masih terpasang dan enjin dihidupkan. Gunakan long nose playar yang pada hujung disarungkan hose plastic. Kepit hose minyak petrol yang kembali ke tangki minyak petrol selepas fuel pressure regulator sebaik sahaja enjin dimatikan. Proses ini memerlukan seorang pembantu untuk mematikan enjin. Jika tekanan petrol masih lagi kelihatan menurun secara mendadak, bermakna  fuel pressure regulator tidak rosak. Jika tekanan petrol tidak menurun, bermakna fuel pressure regulator yang rosak.

Proton Waja Fuel Pump Drive Terminal Cara Koman

Sekiranya kereta anda menghadapi masaalah pada fuel pump yang tidak berfungsi, anda boleh mencuba langkah berikut :

1. Sambungkan fuel pump drive terninal ke positif  battery post. menggunakan wayar. Wayar kuning dan merah sebenarnya bersambung kerana tidak cukup panjang.

Fuel Pump Drive Terminal

2.Picit hose petrol yang berdekatan dengan fuel rail. Anda akan dapat merasa tekanan petrol mengalir.


Positif Battery Post
3.Disamping itu juga, anda akan mendengar bunyi fuel pump berfungsi.

4.Jika tiada tekanan, bermakna fuel pump anda telah rosak.

5.Hanya terhad untuk kereta dibawah sahaja. Lain kereta, lain caranya.

Maker : Proton
Model : Proton Waja
Engine : Mitsubishi 4G18P




Mengenali Jet Karburetor Enjin Sangkut Cara Koman

  Enjin sangkut memerlukan campuran udara dan bahanapi untuk menghasilkan proses pembakaran. Udara dan bahanapi perlu dicampur pada nisbah y...