Bagi kereta yang menggunakan Electronic Fuel Injection System terdapat 2 kaedah yang telah disediakan oleh pengeluar kereta untuk mengenalpasti masaalah pada Electronic Control System. Masaalah yang berlaku pada Electronic Control System boleh dikenalpasti melalui penggunaan scantool ataupun flash codes.
Flash codes merupakan salah satu ciri-ciri diagnosis yang dilengkapkan pada kereta Perodua Alza. Permasaalahan yang berlaku pada Electronic Control System boleh diketahui berpandukan flash codes yang dipancarkan oleh ECU. Walaubagaimanapun, flash codes yang dipancarkan itu perlu dirujuk kepada workshop manual kereta Perodua Alza bagi mendapatkan codes yang tepat.
Bagi pengguna biasa, workshop manual kereta Perodua Alza amat sukar diperolehi kerana hanya dibekalkan kepada workshop bertauliah sahaja. Untuk mengenalpasti flash codes yang dipancarkan oleh ECU, langkah berikut boleh dijadikan panduan hanya terhad kepada pengguna yang memiliki workshop manual.
1.Petunjuk untuk memancarkan flash codes telah dilekatkan pada bonet kereta. Dari maklumat yang tertera, sambungan diantara pin perlu dilakukan pada 16 pin Diagnostic Link Connector (DLC) . Pada kereta Perodua Alza,DLC yang digunakan adalah dari jenis OBD2 dan merupakan DLC standard yang digunakan oleh hampir semua kereta pada masa sekarang.
petunjuk DLC |
2.Pada DLC perlu disambungkan di antara pin #5 dan pin #13 untuk membolehkan ECU memancarkan flash codes untuk engine. Untuk mendapatkan flash codes untuk gearbox automatic perlu disambungkan pin #4 dan pin #13.
3.DLC kereta Perodua Alza terletak di bawah dashboard sebelah pemandu.
kedudukan DLC |
4.Walaupun dinamakan 16 pin DLC, hanya terdapat beberapa pin sahaja yang dipasang pada DLC. Selebihnya tiada pin dipasang,
5.Sambungan di antara pin #5 dan pin #13 boleh dibuat dengan jumper wire ataupun dawai yang bersesuaian seperti klip kertas. Setelah dibuat sambungan, barulah boleh switch on kunci kereta . Enjin kereta tidak perlu dihidupkan.
sambungan jumper pada DLC |
6.Setelah kunci kereta dalam keadaan switch on, Check Engine Light akan menyala berkelip-kelip dengan sekata sekiranya Electronic Control System tiada masaalah.
CEL |
7. Jika Engine Electronic Control System bermasaalah, Check Engine Light akan menyala berkelip-kelip dengan tidak sekata. Adalah menjadi kelebihan sekiranya memiliki workshop manual kerana codes yang dipancarkan melalui CEL boleh dibandingkan dengan codes yang terdapat dalam workshop manual.Flash codes merupakan salah satu alternatif selain dari penggunaan scantool. Melalui flash codes, secara tidak langsung dapat dipastikan samada Electronic Control System bermasaalah ataupun tidak. Kadangkala walaupun Electronic Control System bermasaalah, CEL tidak menyala semasa kereta sedang dipandu.
connector Oxygen Sensor ditanggalkan |
Sebagai contoh untuk tujuan demontrasi, flash codes menunjukkan codes 23 iaitu heater circuit front oxygen sensor bermasaalah. Setelah dibuat pembaikan, codes tersebut perlu dipadam dengan cara menanggalkan kabel negatif batery ataupun fius EFI selama 30 saat.
code engine MyVi |
code engine MyVi |
code gearbox automatik Myvi/Alza |
as salam tuan bagaimana nak sambungkan ECU dengan kenderaan alza saya telah mengikut setiap panduan yang tuan berikan tetapi bacaan masih erro
ReplyDeleteSalam. Sila tonton video yang saya baru upload untuk pencerahan. Sambungan jangan silap. Cuba tanggalkan DLC dari bracket untuk memudahkan pemasangan jumper.Saya fikir kemungkinan wayar jumper salah disambung menyebabkan tiada tindakbalas dari check engine light. Socket DLC besar bahagian atas dan kecil (tirus) bahagian bawah.Pin # 1 berada pada bahagian yang lebih besar.
Deleteok tuan terima kasih saya dah berjaya cuma saya tak dapat baca makna kod yang tetera
ReplyDelete0043
0052
bole tuan beri pencerahan makna kerosakan yg dikodkan
Code 43 adalah untuk Intake air temp. circuit
Deletemalfunction. Berada di tepi kotak air filter.
Code 52 adalah untuk Vehicle speed sensor
malfunction. Berada di dalam combination meter.Perlu ganti bersama combination meter jika rosak.
Untuk penyenggaraan, tanggalkan connector kedua-dua sensor. Buat flash code semula dan pastikan code yang keluar masih sama. Jika code yang baru muncul pula, bermakna ada kesilapan semasa membaca code sebelumnya. Setelah disahkan code tersebut adalah betul, bersihkan pin connector sensor dengan contact cleaner. Periksa wayar harness dan pastikan dalam keadaan baik.Pasang semula connector sensor dan reset selama 30 saat. Uji kereta dan pastikan masaalah yang sama tidak berulang. Jika masih berulang barulah digantikan sensor-sensor tersebut. Berbanding kaedah flash codes, penggunaan scan tool adalah lebih mudah dan dapat mengelakkan kesilapan membaca codes.
As salam tuan...
DeleteBacaan saya 22. Boleh bgtahu pencerahan .? Terima Kasih
Salam. Kod 22 adalah untuk rear oxygen sensor yang berada pada exhaust pipe selepas catalytic convertor. Untuk penyenggaraan, tanggalkan connector sensor. Periksa dan bersihkan pin connector sensor dengan contact cleaner. Periksa wayar harness dan pastikan dalam keadaan baik.Pasang semula connector sensor dan reset selama 30 saat. Uji kereta dan pastikan masaalah yang sama tidak berulang. Jika masih berulang barulah digantikan sensor tersebut.
Deletesalam bro , adakah codes dignosis alza dgn viva sama.tq
ReplyDeleteSalam. Minta maaf, saya tidak pasti tentang code Viva kerana tidak pernah lihat. Saya fikir lebih baik guna scantool untuk diagnosis jika ada masaalah pada electornic control system.
Deletesalam bro...flash codes 21 apa maknanya?
ReplyDeleteSalam. Codes 21 merujuk kepada front oxygen sensor. Codes tersebut diaftifkan oleh ECU disebabkan oleh perkara berikut : 1.Masaalah pada air induction system 2· Masaalah pada fuel pressure 3· Masaalah injector injection 4· Open wire or short in heated oxygen sensor circuit 5· Heated oxygen sensor. Oxygen sensor mengesan kandungan oxygen di dalam asap ekzos dan memantau kandungan oxygen tersebut berada dalam spesifikasi yang ditetapkan. Perkara yang dinyatakan di atas perlu diperiksa dan dipastikan dalam keadaan baik sebelum menggantikan oxygen sensor. Cuba tanggalkan negatif bateri terminal selama 30 saat. Tanggalkan socket oxigen sensor , bersihkan pin oxygen sensor dan pasang semula. Pasang kembali negatif bateri terminal. Uji kereta . Buat semula flash codes dan pastikan oxygen sensor kembali normal. Jika masih bermasaalah, cuba gantikan oxygen sensor.
DeleteHello Bro...socket DLC 16 pin, Viva sama Alza sama ka assign port dia #4 #12
ReplyDeleteHello. Minta maaf saya tidak pasti tentang perkara tersebut kerana tidak memiliki Workshop Manual. Saya fikir oleh kerana model enjin diantara kedua kereta tersebut adalah berbeza biasanya fault codes adalah berbeza. Walaubagaimanapun tanpa flash codes, diagnostic boleh dilakukan menggunakan scantool jika check enjin menyala untuk mengetahui masaalah enjin.
Deletekat mane kedudukan relay wiper alza. ?
ReplyDeleteJika tak silap relay woper berada pada motor wiper belakang.
DeleteSlam...tnya sikit bro...klu lampu hidup ketika guna aircon dan signal tidak berfungsi...apa masalahnya.
ReplyDeleteSalam. Cuba periksa samaada terdapat fius signal yang putus ataupun longgar.
DeleteMantap
ReplyDeleteCode 14 utk ape
ReplyDeleteCode # 14 merujuk kepada Camshaft position sensor
Deletecircuit malfunction. Cuba periksa samada wayar camshaft position sensor terputus ataupun pin pada socket camshaft position sensor berkarat. Kemungkinan juga camshaft position sensor rosak menyebabkan code tersebut muncul.
Cuba reset dulu dengan cara menanggal terminal negatif bateri selama 1 minit. Pasang semula, hidupkan enjin dan pandu kereta selama 15 minit. Buat flash codes semula dan apstikan code # 14 tidak muncul lagi. Jika masih ada code, bermakna masaalah belum selesai.
DeleteSalam bang..kod 16 produa viva apa mslh ya .
ReplyDeleteSalam. Minta maaf. Flash codes untuk kereta Viva tiada di dalam simpanan saya.
ReplyDeleteassalam bro..kalau code 0053 ape problem ni?
ReplyDeleteSalam. Code 0053 bukan kod untuk kereta Alza. Saya fikir lebih gunakan scantool untuk mengesan masaalah yang menyebabkan kod 0053 diperolehi.
DeleteSalam..
ReplyDeleteMohon pertolongan enjin tak blh hidup naik la bang enjin.
Flash code 81.
Salam. Code # 81 adalah merujuk kepada Immobilizer signal circuit malfunction . Masaalah tersebut berlaku disebabkan oleh 1. Wayar litar immobilizer terputus ataupun berlaku litar pintas. 2. Kerosakan ECU immobilizer 3. Kerosakan ECU enjin.
DeleteBlh repair Di kedai biasa atau kne bawa ke produa..
DeleteSaya fikir lebih baik bawa ke Perodua.
Deletesalam.bleh sy tau connector kat ecu ade wayar diagnostic x
ReplyDeleteSalam. Wayar pada DLC adalah bersambung dengan pin pada ECU dan digunakan untuk diagnostic.
ReplyDeleteSalam bos..kereta sy keluar kod 7581..betul x ni bos..
ReplyDeleteSalam. Salah . Codes hanya ada dua angka.
DeleteProdua alza sy x dapat di hidupkan
ReplyDeleteSy sudah meriksa api dan minyak.semua ok.. Minta kecerahan dah pening sgt dah nie
Cuba uji tekanan minyak petrol. Jika tekanan minyak kurang dari spesifikasi, enjin sukar dihidupkan. Sila rujuk pautan berikut untuk pencerahan. https://serbamaneka.blogspot.com/2014/08/periksa-tekanan-minyak-petrol-perodua.html .
DeleteMine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
Kod alza dgn myvi sama atau x? Atau boleh email kod utk myvi tahun 2010 kebawah
ReplyDeleteKod kedua-duanya adalah sama jika menggunakan model enjin yang sama.
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan..
ReplyDeleteBole saya bertanya, baru baru ni saya telah menukar injector alza dengan membuka semua soket yg ada pada air filter box dan trhottle body bagi tujuan memudah kan kerja. Namun setelah dipasang dan on suis lampu obd menyala apabila saya start lampu tersebut hilang namun rpm turun naik dari 1k ke 2k.. apakah masalah nye Tuan? Adakah cara untuk saya menyelesaikan nye??
Terima kasih Tuan..
Salam. Perkara pertama yang perlu dilakukan sebelum menanggal socket injector adalah menanggalkan cable negatif bateri. jika tidak ditanggalkan sebelumnya, tanggalkan cable negatif bateri selama 5 minit, pasang semula dan uji kereta. Pada masa yang sama periksa bahagian throttle plate dan pastikan tidak tersangkut. Periksa juga socket sambungan idle air control motor dan pastikan disambung dengan kemas. Kemungkinan idle air control motor tidak berfungsi dengan betul menyebabkan idle speed turun naik.
DeleteAlhamdulillah tuan, terima kasih kerana memberi perhatian dan penerangan ilmu yg baik. Smoga Allah Taala permudahkan urusan tuan seperti mana tuan permudahkan urusan kami semua.. amin.
DeleteTerima kasih tuan
Amin. Sekadar berkongsi pengalaman dan pengetahuan.
Deletesalam tuan. nak tanya alza keluar code 51 apa masalah? start enjin ada bunyi tp tak nak hidup. simbol check enjin tidak menyala masa on kunci.
ReplyDeleteSalam. Code 51 :Switch signal circuit malfunction .
DeletePerlu periksa perkara berikut :
• Open wire or short in A/C switch circuit
• A/C switch
• Open wire or short in linear throttle sensor circuit • Linear throttle sensor
• Open wire or short in neutral start switch circuit
• Neutral start switch
wayar accessory ker wayar aicond bang . tgh menghadapi masalah yg sama .
DeleteCuba periksa wayar switch aircond. Jika tak hidup periksa neutral switch dan wayar neutral switch.
DeleteSaya jga mnghdapi pkra yg sma kod 51..bila da chek cable sensor aircond ptus di gigit tikus sda smbung dan acond da berfungsi t'tapi signel cek enjin masih menyala..
DeleteBoss kerta sye kluar empat codes . 41 78 87 88 lupa dh . Tolong bgi list untuk semua code . Dh cari tapi x jumpa code list
ReplyDeleteCode 41 : Throttle/pedal position sensor/switch “A” circuit malfunction.
DeleteCode 78,87, 88 tidak diperolehi.
Kalau berkelip pertama 4x,dan kedua 2x.bermakna 42 ke tuan? Apa masalahnya ya?
ReplyDeleteYa . Itu adalah code 42 (Engine coolant temp. circuit malfunction). Terdapat 2 kemungkinan yang boleh menyebabkan code tersebut menyala dan perlu diperiksa perkara berikut :
Delete1.Periksa dan tentukan wayar sensor tidak putus ataupun short circuit.
2.Periksa dan tentukan coolant temperature sensor tidak rosak.
Salam..saya dapat code 76 dan 43..apakah yang malfunction?
ReplyDeleteSalam. Code 76 : Evaporative emission control. Mungkin Vacum Switching Valve rosak ataupun wayar putus.
ReplyDeleteCode 43 : Intake air temperature sensor malfunction. Mungkin Intake air temperature sensor rosak ataupun wayar putus.
Cuba buat begini untuk kedua-dua perkara di tas. Periksa socket sambungan sensor, bersihkan dan pasang semula. Reset ECU dengan cara tanggalkan negatif bateri terminal selama 1 minit. Pasang semula bateri terminal dan uji kereta selama 15 minit. Buat flash codes semula dan pastikan masaalah tersebut tidak berulang. Jika masih berulang, perlu periksa setiap komponen dengan lebih terperinci.
Salam tuan..kereta alza saya meter sering berkelip dan keluar lambang temperature..benda ni terjadi masa saya buka lampu sahaja..masa tak buka lampu tiada apa2 yg terjadi..boleh tuan perjelaskan apa masalahnya..
ReplyDeleteSalam. Saya fikir mungkin wayar longgar pada pin socket meter ataupun pin temperature switch menyebabkan temperature gauge menyala. Wayar yang longgar menyebabkan rintangan tinggi dan voltage menjadi rendah pada litar kawalan sistem penyejukan. Cuaba periksa socket wayar tersebut.
DeleteSlm tuan alza sy keluar kod Err bila start kosong ape sy perlu buat
ReplyDeleteSalam. Cuba periksa fius ECU.
DeleteFlash code berkelip dgn sekata..APA maksut boss...
ReplyDeleteJika flash code berkelip sekata tiada masaalah.
DeleteSalam tuan..alza saya kuar kod blinking 0000,npe ye?tq in advan
ReplyDeleteSalam tuan.. alza.. lampu check engine kelip kelip.. dah scan.. all OK.. apa masalahnya tuan
ReplyDeleteSalam. Jika sudah scan dan didpati tiada fault codes bermakna tiada masaalah.
ReplyDeletesalam koman spana untuk kod 02sensor #apa ye.
DeleteSalam . Codes # 21, 22, 23 dan 24 ada kaitan dengan Oxygen sensor. Sila rujuk jadual di atas.
DeleteTuan kalau tersalah jumper atau salah cucu Pin pada soket adakah sistem elektronik boleh rosak ?
ReplyDeleteSalam.. code 31 ape tuan?
ReplyDeleteSalam.. code 31 ape tuan?
ReplyDeleteas salam...aku pun kena juga code 31..tak tahu apa masalahnya..keta hidup elok je..cuma lampu check enjin je menyala..
DeleteSalam tuan.kereta saya ada masaalah bila on enjin rpm rendah o.5 bila on aircond rpm kereta jadi naik trun. Sebelom ni saya ada buka cuci trottle body sendiri. Tanpa cabut bateri. Adakah kena reset trottle body ataupun ecu. Kalau kena reset minx tolong tuan bagi caranya boleh x tuan. Sayabdah buntu sebab saya dah tukar plug tukar valve gasket cover, Servis minyak enjin dan juga tukar filter dan minyak atf skali tuan. Masih jadi seperti diatas
ReplyDeleteKereta alza 2011 tuan
Deletesalam tuan..soalan sya mungkin lari sikit dari tajuk asal ni..nk tnya..d mana letak nya fius power window ALZA ya..?dh cek kt kotak fius d enjin area sma d blakang laci..tp xjmpa² jgk..mohon share..
ReplyDeleteAssalamualaikum.. kalo kod 71 nk kena buat mcm mne tu??
ReplyDeleteCode #71 (ISC system malfunction). Terdapat 2 kemungkinan yang boleh menyebabkan code tersebut menyala dan perlu diperiksa perkara berikut :
Delete1.Periksa dan tentukan wayar ISC tidak putus ataupun short circuit. Periksa pin pada socket dan pastikan tidak berkarat.
2.Kemungkinan ECU rosak walaupun jarang berlaku.
Selain dari itu, cuba reset ECU dengan cara menanggal terminal negatif bateri selama 1 minit. Pasang semula, hidupkan enjin dan pandu kereta selama 15 minit. Buat flash codes semula dan apstikan code # 71 tidak muncul lagi. Jika masih ada code, bermakna masaalah belum selesai.
Salam tuan ,alza sy x hidup slps parking skjp
ReplyDelete.enjin tidak semput semasa bawak..enjin boleh crank tetap tidak mahu hidup..fuel pump tiada bunyi slps on suis..adakah relay fuel pump atau perlu reset semula dgn cabut kabel negatif?..
Salam. Jika tiada bunyi kedengaran dari fuel pump kemungkinan masaalah seperti berikut :
Delete1.Fius putus
2.Relay rosak (Alza tidak kepastian lokasi)
3.Fuel pump rosak
4.Sistem pendawaian elektrik
Keseluruhan komponen yang disenaraikan diatas perlu diperiksa dan dipastikan dalam keadaan baik.
Reset dangan cara menanggal terminal batery dilakukan apabila check engine menyala. Walaubagaimanapun perlu kenalpasti terlebih dahulu sensor yang rosak. Fault codes akan terpadam apabila reset tetapi tidak semestinya masaalah berjaya diatasi.
salam tuan. saya dah cuba. bacaan blinking 74. apa maksudnya? dah caari google tapi tak jumpa
ReplyDeleteperodua viva 1.0 auto
DeleteSalam. Flash codes Peroduan Viva tidak ada dalam simpanan.
DeleteSalam tuan..simbol tempwrature biru dah merah menyala serentak ketika kereta sedang berjalan..masalah ni berlaku ketika lampu depan on sahaja..simbul tu nyala dala 4 saat shaja dan mati..maslahnya kerap berlaku..harao dpt menolong masalah kereta alza saya..
ReplyDeletesalam tuan..
ReplyDeleteprodua alza 2010 kod 76
salam tuan..
ReplyDeleteprodua alza 2010 kod 76
saya dh tukar vacuum valve 3kali.. dh check wire pn ok.. tp check engine xnk mati..
ReplyDeleteSalam. Tuan perlu pastikan samaada vacum switching valve tersebut mendapat bekalan voltan mencukupi. Gunakan test light jenis mentol (jangan gunakan test light jenis LED) dan uji wayar sensor . Dan uji bateri pula. Pastikan bulb test light menyala adalah sama terang semasa menguji wayar sensor dan bateri yang menandakan wiring dalam keadaan baik. Selain dari itu, masaalah code 76 adalah kerosakan ECU tetapi tidak mungkin berlaku.
DeleteSudah ganti sensor, ECU perlu rest dengan cara tanggalkan negatif batery terminal selama 1 minit dan dipasang semula.
DeleteCode 51 untuk perodua kembara ape ye?
ReplyDeleteMohon maaf. Code untuk kembara tiada dalam simpanan
DeleteSalam tuan,code 74 untuk kreta viva 1.0..
ReplyDeleteMohon maaf. Code Viva tiada dalam simpanan.
DeleteSlm bro. Klau code 74 utk myvi 1.3
ReplyDeleteCode # 74 - Oil control valve control
Deletesystem malfunction.
Perlu check perkara berikut :
- When malfunction takes place in the control
voltage for the oil control valve.
Code 81 . Mcm mne solved? Boleh bypass ke?
ReplyDeleteCode # 81 - Immobiliser Signal
DeleteMalfunction.
Perlu check perkara berikut :
- Engine immobiliser system
- Transponder key ECU
assembly (Immobiliser ECU)
- Open or short in
communication line (wire
harness or connector)
- ECM
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletealza code 75
ReplyDeleteCode # 75 - VVT Sensor / Camshaft
DeletePosition Sensor Circuit
Range / Performance
Problem (Bank 1).
Perlu check perkara berikut :
- Mechanical system (jumped
tooth of timing chain, chain
stretched)
- Valve timing
- ECM
Salam klu myvi old code 51 dan 54 bro
ReplyDeleteSalam. Code #51 - A/C Switch Circuit
Delete- Open or short in throttle
position sensor circuit
- Throttle position sensor
- Short in A/C temperature
control switch circuit
- A/C temperature control switch
(built into heater control switch
assembly)
- Open or short in park/neutral
position switch circuit
- Park/neutral position switch
Code # 54 - Starter Signal Circuit. Perlu check perkara berikut :
- Open or short in starter signal
circuit
- Open or short in speedometer
circuit
- ECM
salam code 41 dan 51 apa bos
ReplyDeleteCode 73 dan 74 ,apa masalahnya?
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteBoles saya tahu solution utk code 76 Dan 86?
Salam. Code 76. Mungkin vacum switching valve (VSV) rosak. Ataupun hose pada VSV bocor. Code 86 kemungkinan input sensor pada gearbox rosak ataupun wire dan connector longgar.
DeleteSalam.. Bos says mohon pandangan,Alza sya bru tukar minyak atf dan atf filter. Billa memandu kadang2 keluar simbol at terus gear d & r sentap. Sya buat flash berkelip sekata, tp saya scan keluar code P0743.Bila restart enjin simbol at hilang terus kadang2 dia naik semula.
ReplyDeleteCuba periksa dan pastikan pin wayar ke solenoid di valve body tidak longgar dan wayar dalam keadaan baik.
Deletesalam tuan fault 61 maslah ape ye..sume berfungsi dgn elok kecuali lampu check enjin je mnyala.
ReplyDeleteSalam tuan..klu fault code 61 maksud ape ye...dlm ni tulis solenoid no 1..tp sy pnye check engine mnyala dan takde masalah lain.
ReplyDelete